Khamis, 10 Mac 2011

Bunga Kembang Tak Jadi

Aku Harapkan Panas Hingga ke Petang Rupanya Hujang di Tengahari

Wan Nuh, setelah jauh merantau meninggalkan tanah lahirnya Minangkabau, Sumatra telah memilih sebuah kampong yang bernama Kampong Surau di negeri Kelantan sebagai tempat tinggal keturunannya berkampong. Di kampong Surau, Wan Nuh telah membuka kilang kain tenun bersama isterinya. Mereka ternyata mendapat hasil yang lumayan dari hasil perusahaan mereka. Diceritakan sejak zaman Wan Nuh lagi kain tenun keluaran Kampong surau sudah berjaya dijual kepada pihak istana negeri Perak. Setelah kematian Wan Nuh bersama isterinya di Singapura, perusahaan kain tenun Wan Nuh diteruskan oleh keturunannya dan kain tenunan hasil keluaran Kampong Surau masih lagi ada terjual di negeri Perak. Selepas kematian Wan Nuh, tugasnya telah digantikan oleh anak lelaki sulungnya yang bernama Wan Ali. Semasa Wan Ali memegang pucuk kepimpinan keluarganya, Wan Ali telah cuba mempelbagaikan sumber pendapatan keluarganya dengan membuka ladang getah di Telok Kuala Nal dan gedung perniagaan yang bernama "Kedai Syer" di Kampong Pasir, Pekan. Supaya hasil kekayaan dari perusahaan keluarga dapat dikecapi bersama oleh seluruh anggota keluarga, Wan Ali telah menggalakkan seluruh anggota keluarganya menanam modal dalam setiap perusahaan yang diceburi oolehnya. Berkat hasil kerja yang gigih keluarga Wan Nuh berjaya memperolehi taraf hidup yang tinggi. Walaupun sibuk mencari habuan dunia, berkat didikan agama orang tua mereka, keluarga Wan Nuh tidak sesekali melupai mencari habuan di akhirat. Sebagai seorang yang sentasa memikirkan untung nasib keluarganya, Wan Ali berusaha untuk mengadakan kemudahan demi kesinambungan kesempurnaan hidup kaum kerabatnya dengan menaik taraf surau di kamponggnya menjadi sebuah masjid, menubuhkan sebuah sekolah rendah dan mencadangkan penubuhan sebuah sekolah menengah agama di kampongnya. Wan Ali juga bertindak menamakan mukim di tempat kampongnya berada sebagai mukim Pekan dengan harapan mukim tempat terletak kampongnya akan muncul sebagai sebuah bandar yang pesat membangun. Selepas kematian Wan Ali teraju kepimpinan keluarga Wan Nuh dipegang oleh anak saudaranya Wan Sulaiman. Wan Sulaiman yang telah menerima didikan murni orang tuanya telah meneruskan tradisi memakmurkan kaum kerabatnya degan membuka tiga buah ladang getah yang baru iaitu di Kuala Geh, Bukit Perah dan Tanjomg Batu. Wan Sulaiaman juga menubuhkan Syarikat Kerjasama Kilang Padi Pasir Pekan Berhad. Wan Sulaiman jugalah yang menubuhkan Tabung Wakaf Falahian untuk membantu kebajikan pusat penggajian agama yang benama Madrasah al Falahiah di kampongnya. Walaupun begitu banyak usaha yang dilakukan oleh Wan Nuh, Wan Ali dan Wan Sulaiman untuk menyatukan kaum kerabatnya, tetapi malangnya usaha baik Wan Nuh, Wan Ali dan Wan Sulaiman sejak akhir-akhir ini dipandang sepi oleh kaum kerabatnya....usaha menukar nama SRK Pasir Pekan kepada SRK Wan Ali sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Wan Ali dipandang sebagai kerja bodoh...usaha mempereratkan hubungan silaturrahim sesama kaum kerabat dianggap kerja sia-sia lagi membazir....kerja kebajikan yang utamanya untuk mencari keuntungan peribadi tentang pahala tu dah agenda kedua...harta wakaf dianggap sebagai harta pesaka.....nama mukim Pekan ditukar orang jadi mukim Pasir Pekan dikatakan apa ada pada nama....saya kalau boleh nak buang title Wan kat pangkal nama saya dan anak-anak takut nama tu jadi panjang sangat....

Kacang Lupakan Kulit

I
Anak-anak Wan Ali ada empat orang, Wan Maryam, Wan Ahmad, Wan Zahrah dan Wan Hafsah. Wan Maryam berkahwin dengan Tengku Zaianal Abidin anak Tengku Kamaruddin Sultan Pattani yang terakhir, Wan Ahmad berkahwin dengan anak Dato' Hassan Banggol, Wan Zahrah berkahwin dengan saudara sepepunya Wan Yusoff dari Lorong Tok Semian, Kota Bharu, dan Wan Hafsah berkahwn dengan saudara sepupunya Wan Sulaiman. Antara anak-anak Wan Ali, Wan Zahrah diperkirakan sebagai kurang bernasib baik lalu Wan Ali sebagai bapa telah melebihkan pemberian harta kepadanya. Malangnya kelebihan yang diberikan oleh datuk mereka telah disalah anggap oleh anak-anak Wan Zahrah dengan mengagnggap mereka adalah orang pilihan, tentang status ada sedikit kecacatan itu langsung tidak diperdulikan. Seorang anak Wan Zahrah meletakkan nama Nik dipangkal namanya walaupun emak dan ayahnya ada Wan dipangkal nama mereka. Mereka langsung tidak berfikir atau buat-buat tak mahu berfikir bahawa kelebihan harta yang mereka ada adalah bertujuan supaya yang sehat dapat membantu yang cacat, bukannya alat untuk diambil kesempatan. Sifat tamak dan mementingkan diri sendiri terus menghantui mereka, mereka lebih rela harta kekayaan yang mereka punyai tak dapat dimanfaatkan oleh sesiapa asalkan tiada orang lain boleh mengambil kesempatan dari kelemahan mereka. Maka jadilah kehidupan sebahagian keturunan Wan Zahrah hidup segan mati tak mahu walaupun orang tua mereka meninggalkan harta pesaka yang banyak.

II

Wan Ahmad berkahwin dengan anak Dato' Hasan Banggol, setelah mendapat seorang anak perempuan bernama Wan Saidah, Wan Ahmad meninggal dunia dan janda Wan Ahmad pun berkahwin baru. Wan Saidah kemudiannya berkahwin dengan saudara sepupunya Wan Mahmood. Bapa Wan Mahmood meninggal dunia semasa Wan Mahmood masih kecil, jadi membesarlah Wan Mahmood sebagai anak yatim. Status anak yatim yang dinikmati oleh Wan Mahmood menyebabkan beliau diutamakan kebajikannya oleh kaum kerabatnya. Beliau telah dikahwinkan dengan anak sepupunya Wan Saidah anak perempuan tunggal Wan Ahmad supaya dapat menumpang tuah. Manakala abangnya Wan Sulaiman sentiasa berusaha menolong mencari harta yang berpotensi untuknya. Hasil usaha abangnya serta tuah yang dimiliki oleh Wan Mahmood menjadikan Wan Mahmood mampu hidup senang. Kesenangan yang dinikmati oleh wan Mahmood membuatkan Wan Mahmood semakin tamak bukan saja harta bahkan kuasa. Beliau amat cemburu status yang dimiliki oleh abangnya sebagai pengganti bapa saudaranya kerana menganggap dia lebih berhak di atas peranan itu kerana dia adalah menantu kepada Wan Ahmad, anak lelaki Wan Ali! Sikap buruk Wan Mahmood menyebabkan Wan Mahmood dipencilkan oleh abangnya dan disishkan serta terpaksa disishkan dari menjawat apa-apa jawatan kerna tak pandai buat kerja.

III

Wan Abdul Samad adalah anak bongsu kepada Wan Nuh, beliau mempunyai keinginan yang agak ganjil iaitu berkahwin dengan janda orang berpangkat lebih teruk lagi dan anak berderet! mungkin beliau mengharapkan isterinya boleh memberi perkhidmatan terbaik sebab dah terlalu berpengalaman dan zuriat yang hebat peribadinya maklumlah orang berpangkat takkan pilih perempuan yang tak ada class. Wan Abdul Samad seorang yang boleh hidup mewah dengan tak payah bersusah payah berkerja kerana beliau membesar dalam keadaan segala kemudahan sudah tersedia ada, oleh itu tak hairanlah beliau banyak menghabiskan masanya melepak di kedai kopi, tak ada dimindanya mahu menimbunkan harta, yang beliau tahu hanya belanja... Namun harapan tinggal harapan...isteri yang dianggap hebat boleh melahirkan zuriat yang hebat rupanya hanya melahirkan zuriat yang lemah ... lalu tinggallah zuriat Wan Abdul Samad dalam kemiskinan selepas kematian beliau...hanya seorang saja anak Wan Abdul Samad yang berjaya iaitu Wan Yusoff. Selepas pulang dari Singapura setelah lulus sijil Malayan Certificate Examination, beliu telah berkahwin dengan cucu Wan Zahrah. Status Wam Abdul Samad sebagai bapa saudara amat dihormati oleh Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah, mereka menganggap Wan Yusof sebagai orang tua walaupun umur Wan Yusof amat muda dan mentah. Oleh kerana tak sanggup melihat bapanya berada dalam kesusahan, Wan Sulaiman pernah meminjamkan modal kepada Wan Yusoff supaya membuka kilang mencetak kain batik dan ternyata Wan Yusoff dikurniakan rezeki oleh Allah. Wan Yusoff juga diberi jawatan penting dalam keluarga Wan Nuh seperti Pengurus Ladang Telok Kuala Nal, Pengurus Ladang Kuala Geh dan Pengerusi Yayasan Ladang Telok Kuala Nal tetapi peranan yang maha penting ini gagal menyedarkan beliau tentang kepentingan menjaga hubungan silaturrahim dan ganjaran pahala oleh Allah, bahkah sikap mementingkan perut sendiri semakin menjadi-jadi....

Bila Beruk Dapat Bunga

Semasa hayat Wan Sulaiman segala urusan pentadbiran harta syarikat keluarga Wan Nuh dikawal oleh Wan Sulaiman, kata-kata Wan Sulaiaman didengar dan dihormati oleh anggota keluarga yang lain kerana mereka menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan Wan Sulaiaman sebagai ketua keluarga. Wan Sulaiman seorang yang pendiam, dermawan dan suka hidup secara sederhana. Isteri Wan Sulaiaman, Wan Hafsah amat yakin kepada pelajaran sebagai alat untuk mengubah taraf hidup anak-anaknya. Wan Hafsah sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk membiayai perbelanjaan persekolahan anak-anaknya sehingga ke keluar negeri Kelantan. Anak-anak lelaki Wan Hafsah ada yang berpeluang belajar di Pahang, Pulau Pinang, Indonesia, India dan paling jauh di Mesir. Ada yang mendapat pendidikan aliran Melayu dan ada yang mendapat pendidikan aliran Inggeris. Malang bagi Wan Hafsah pelaburan yang begitu banyak gagal membuahkan hasil yang lumayan, hanya dua orang saja yang dapat membawa pulang ijazah seorang dalam bidang syariah dan seorang lagi dalam bidang akaun, anaknya yang lain hanya membawa pulanag sijil Malayan Certification Examinatiaon. Wan Sulaiman amat berharap generasi muda selepasnya dapat membantunya dalam menguruskan syarikat keluarga, lalu Wan Sulaiman menubuhkan Syarikat Pekan Langgar Sdn. Bhd. yang diterajui oleh sekumpulan anak muda dan beliau hanya bertindak sebagai penasihat sahaja. Demikianlah juga harta syarikat yang lain iaitu Syarikat Kerjasama Kilang Padi Pasir Pekan, Ladang Tanjung Batu, Ladang Kuala Geh, Ladang Ladang Telok Kuala Nal dan Ladang Bukit Perah. Malangnya pasukan pengurus yang dilantik oleh Wan Sulaiman bukanlah pasukan pentadbir yang berpengalaman tentang selok belok pentadbiran dan perjalanan syarikat. Maka jadilah syarikat seolah-olah tempat para eksekutif muda yang masih hingusan menjalani latihan sambil belajar, menyebabkan pentadbiran syarikat menjadi kucar kacir dan akhirnya mengalami kerugian, dan akibatnya Syarikat Pekan Langgar Sdn. Bhd. terpaksa dibubarkan. Terbubarnya Syarikat Pekan Langgar Sdn. Bhd. menyebabkan terkuburnya keyakinan sebahagian besar pemegang saham terhadap kewibawaan pasukan pengurus untuk mengurus harta mereka menyebabkan mereka telah menjual kepentingan mereka kepada orang lain. Manakala sebahahagian pemegang saham yang masih tinggal membentuk satu syarikat baru yang bersais 10 peratus dari sais yang asal. Pasukan pegurusan baru juga dianggotai oleh orang yang tiada pengalaman tentang selok belok pentadbiran dan perjalanan syarikat, namun kegigihan mereka untuk belajar menyebabkan mereka berjaya menghadapi ujian dan syarikat yang ada masih kekal wujud sehingga ke hari ini. Namun sikap para anggota pasukan pengurus yang gagal belajar dari kesilapan yang lalu menyebabkan suasana muram dalam organisasi perniagaan yang diterajui oleh keluarga Wan Nuh berterusan dan jadilah syarikat itu seolah-olah hidup segan, mati tak mahu. Bermula dari Syarikat Pekan langgar Sdn. Bhd., penyakit yang sama berjangkit kepada Gudang Syer, Ladang Telok Kuala Nal dan akhirnya Syarikat Kerjasama Serbaguna Kilang Padi Pasir Pekan. Walaupun nasib malang menimpa Syarikat tetapi para anggota pasukan pengurusan tidak terjejas kredibiliti mereka maupun wang dalam saku mereka kerana mereka tetap mendapat upah walaupun syarikat lingkup menyebabkan para anggota pasukan pengurus berpandangan syarikat sepatutnya hanya wujud pada nama sahaja.