Isnin, 29 November 2010
Kuasa vs Tanggungjawab?
Kuasa ertinya keupayaan yang ada pada kita kerana kita menerima apa-apa tugas atau tanggungjawab yang sepatutnya kita laksanakan manakala tanggungjawab pula ialah apa yang sepatutnya kita lakukan setelah menerima kuasa dari pehak yang berotoriti keatas kita. Sepatutnya kuasa dan tanggungjawab adalah dua perkara yang saling berkait seumpama isi dengan kuku, tetapi entah dimana silapnya kekadang timbul suasana yang seolah-olah wujud pertentangan diantara kedua-duanya. Bunyinya mungkin pelik, tetapi hakikatnya adalah benar. Perkara ini dapat dilihat dengan mudah dalam masalah memelihara hubungan silaturrahim, sewpatutnya setiap orang patut sedar memelihara hubungan silaturrahim adalah amanah Allah kepada kita selaku sebagai seorang Muslim, tetapi kerana mencari habuan dunia kita sering melupakannya... kerana beratnya tanggungjawab ini, maka Allah menjajjikan habuan yang lumayan bagi orang yang melaksanakannya dan nancaman yang berat bagi orang yang mangabaikannya... oleh itu marilah kita bersama-sama mameriahkan laman blog kekeluargaan yang ada... semoga kita tidak dikata oleh anak cucu kita sebagai pemutus hubungan silaturrahim...
Isnin, 22 Februari 2010
Yang Tersepit Dan Yang Tercekik
Apabila usul penukaran nama SK Pasir Pekan kepada SK Wan Ali Nakhoda gagal, timbul tanda tanya oleh orang yang berusaha membawa usul kenapa ini terjadi dan kenapa???????????????Sesungguhnya orang yang berusaha membawa usul itu langsung tidak menjangka usul itu akan gagal....tapi kenyataannya usul itu telah gagal dengan kekalahan yang amat memalukan!Tak padan wang ribuan ringgit dihabiskan untuk sunbangan tajaan pembelian hamper untuk ibu bapa yang hadir, tajaan makan minun ibu bapa yang hadir, risalah bertulis, jamuan makan tengah hari para guru di Restoran Hamid, belanja solat hajat dan makan malam di rumah Wan Ali bin Wan Sulaiman! Hasilnya usul itu mendapat tak lebih dari sepuluh undi dan yang membangkang masyaalllllaaaaalah ramainya!!!!!!!Timbul tanda tanya kemana perginya kaum keluarga Wan Ali Nakhoda yang ramai tuuuu???? Sudah hilang hormat mereka kah kepada moyang mereka Wan Ali Nakhoda yang mewariskan kepada mereka sekian banyak harta??????Kemanakah hormat mereka kepada YM Tengku Muniratussaniah cucunda Raja Pattani yang terakhir tuuu?????Dan kemanakah pergi nilai moral berterima kasih kepada yang memberi para ibu bapa SK Pasir Pekan?????Dan kemanakah perginya semagat kesedaran patriotik para guru SK Pasir Pekan???????Dan apa gunanya pelajaran sejarah tanbg diteriama oleh para para guru dan ibu bapa yang hadire???????????Sudah hilang hormatkah para ibu bapa SK asir Pekan kepada Tuan Haji Mohamad Noor bin Yacoob, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat??????Dan Ustaz Ahmad Yaacob ADUN Pasir Pekan dan Timbalan Menteri Besar lagi tu???????Persolan di atas amat payah dijawab........tetapi jika satu faktor diambil kia....maka terjawablah persoalan itu......DENDAM KETURUNAN......yaaaa....DENDAM KETURUNAN......apabila dendam kesumat ....kebencian yang meluap-luap menguasai diri...orang akan lupa diri.....buat kerja macam orang gila.....satu alasan mudah Che Anas (Guru Besar SK Sri Kampong Laut) isteri kepada YDP PIBG SK Pasir Pekan menolak usul penukaran nama SK Pasir Pekan kepada SK Wan Ali Nakhoda ialah perasaan kasih beliau kepada nama Pasir Pekan....kerana nama Pasir Pekan ialah cetusan buah fikiran datuknya Tok Gawo Ali....dan tujuan Tok Gawo Ali menamakan Mukim Pekan kepada Mukim Pasir Pekan untuk memantapkan pengaruhnya di bumi Pasir Pekan....dan kaum ibu yang menyokong usul Che Anas membangkang penukaran SK Pasir Pekan kepada SK Wan Ali Nakhoda ialah kaum kerabat Tok Gawo Ali.....Che Anas cukup mengerti jika nama SK Pasir Pekan berjaya diubah namanya kepada SK Wan Ali Nakhoda, maka akan timbullah cerita KEBODOHAN dan KEJAHILAN datuknya Tok Gawo Ali.....oooohhhhh begitu hebatnya semangat PATRIOTISME keluaraga Tok Gawo Ali...walaupun miskin dan tidak berpelajaran tinggi...kasih mereka kepada datuk neneknya amat menebal....keadaan sebaliknya berlaku kepada keturunan Wan Ali Nakhoda...walau diberi harta yang bertimbun ...walau diberi pelajaran yang tinggi....kerana hatinya buta.....buta kerana mengejar KEMEGAHAN......walau datuk nenek DIHINA....aaaaahhhhhh perdulikan......Siapa tak kenal Wan Yusuf bin Wan Abdul Samad....yang mendabik dada akulah cucu saudara Wan Ali Nakhoda....akulah generasi Wan Nuh yang paling tua......akulah YDP Yayasan Tabung Amanah Kuala Nal....akulah itu dan aku ini.....bukan saja menentang usul penukaran nama SK Pasir Pekan kepada SK Wan Ali Nakhoda kerana kononnya mahu mengharumkan nama bapanya Wan Abdul Samad dan menaikkan IMEJ KETUANAN keturunan Wan Zahrah binti Wan Ali.....tetapi lebih celaka lagi menjadi barua Haji Saufi yang keparat tu........tak tahulah apa yang dia cari.......yang pasti dia seronok mendengar cerita-cerita bohong si Haji Saufi tuuuu......siapa tak kenal Wan Jamin bekas Ahli Parlimen Tumpat...YDP PAS Tumpat lagi tuuu...siapa tak kenal Haji Wan Zakaria...bekas YDP PIBG SK Pasir Pekan......siapa tak kenal Haji Wan Abdullah....YDP Persatuan Kebajikan Islam Pasir Pekan.......sedarlah kamu semua jaaganlah jadi BUDAK BODOH ORANG SURUHAN manusaia celaka Ayah Chik Wan Yusoff tuuu.....
Sabtu, 20 Februari 2010
Angkara Mr. Gold and Mr. Glory
Selepas kematian Wan Ali Nakhoda, tugas beliau sebagai ketua keluarga Wan Nuh Nakhoda telah digantikan oleh menantu dan anak saudaranya Wan Sulaiman. Wan Ali memilih Wan Sulaiman sebagai pengganti kerana Wan Sulaiman telah diberi kepercayaan sebagai setiausaha syarikat Keluarga Wan Nuh semasa hayat Wan Ali. Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah ternyata dapat menghayati hasrat Wan Ali Nakhoda iaitu mengamalkan konsep permuafakat di dalam keluarga. Wan Sulaiman semasa hayatnya telah berusaha bersungguh-sungguh mengeratkan hubungan silaturrahim anatara keluarga Wan Nuh sebelah bapanya dan juga Raden Ahmad sebelah ibunya. Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah telah meneruskan kerja-kerja kebajikan yang telah diasakan oleh Wan Ali Nakhoda, beliau telah menubuhkan Wakaf Falahiah, menubuhkan Syarikat Kerjasama Kilang Padi Pasir Pekan Berhad, menubuhkan Syarikat Pekan Langgar Company Limited, membeli Mini Estate Tanjong Batu, dan Estate Kuala Geh. Pendek kata sewaktu Wan Sulaiman memegang teraju kepimpinan Keluarga Wan Nuh berada di puncak kejayaan sehingga mampu hidup mewah dan mampu menghantar ana-anak belajar ke luar negeri. Malangnya selepas kematian Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah, pencapaian keluarga Wan Nuh mula merudum kerana kepimpinan yang mengambil alih kepimpinan Keluarga Wan Nuh dari Wan Sulaiman mengagnggap kerja-kerja kebajikan dan usaha Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah mengeratkan hubungan silaturrahim dianggap sebagai KERJA BODOH, bagi kepimpinan yang terkemudian kerja-kerja kebajikan dianggap sebagai tiket untuk mencari KEMEGAHAN, oleh itu tidak hairanlah jika hasil harta Wakaf Falahian dibelanjakan sesuka hati tampa perlu berbincang dan tidak beraudit. Syarikat-syarikat kepunyaan keluarga dijadikan BATU LONCATAN untuk mengumpulkan kekayaan peribadi. Oleh itu tidak hairanlah jika dikifarahkan Allah SWT Keluarga Wan Nuh terpaksa menerima hakikat bahawa syarikat-syarikat kerjasama kepunyaan keluarga bukan lagi sumber untuk mencari KEUNTUNGAN tetapi menjadi LIABILITI kerana agenda utama Ahli Jawatankuasa bukan memajukan syarikat tetapi mencari jalan supaya terus memegang jawatan dalam kata lain "perduli apa syarikat hidup segan mati tak mahu, yang penting aku ada jawatan itu dan ini".
Khamis, 18 Februari 2010
Pasir Pekan Atau Pekan Yang Mana Betul?
Nama Pekan dicetuskan oleh Wan Ali Nakhoda manakala nama Pasir Pekan dicetuskan oleh Tok Gawo Ali (Ali bin Mohamad) bapa kepada YB Ibrahim bin Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Tidak diketahui bagaimana tercetusnya nama Pekan, namun Wan Ali Nakhoda mengabadikan nama Pekan dalam surat menyuratnya dengan DYMM Sultan Kelantan dengan menulis alamat surat menyurat beliau sebagai Kampong Surau, Pekan, Kelantan dan pihak Istana Kelantan mengiktiraf alamat yang digunakan oleh Wan Ali Nakhoda. Wan Ali Nakhoda juga mengabadikan namanya sebagai Wan Ali Pekan di dalam buku Hikayat Sri Kelantan dan kekallan nama Pekan digunakan oleh keluarga Wan Nuh sehinggalah pada tahun 1950an apabila wujudnya kerja-kerja memberi hak milik tanah oleh pehak Pejabat Tanah dan Jajahan di bawah Ordinan Penyelesaian Tanah Kelantan 1955. Bolehlah dikatakan wujudnya nama Pekan kerana Wan Ali terpaksa memberi nama kepada tempat dia tinggal kerana tempat yang dia tinggal belum bernama lagi.Manakala nama Pasir Pekan dikatakan berasal dari cerita orang tua-tua yang mengatakan pada masa dahulu terdapat pekan (pasar tempat orang berjual beli) di atas tanah berpasir yang luas dari itu timbullah nama Pasir Pekan. Sekali pandang cerita itu adalah logik, tetapi bila diteliti siapakah peneroka asal mukim Pasir Pekan akan timbul satu keganjilan. Keluarga Wan Nuh adalah individu yang bertanggungjawab memajukan Mukim Pekan, keluarga Wan Nuh telah menubuhkan sebuah sekolah rendah yang dikenali pada hari ini sebagai SK Pasir Pekan, mengimarahkan sebuah surau yang dikenali pada hari ini sebagai Masjid Pasir Pekan dan menubuhkan sebuah sekolah agama yang dikenali pada hari ini sebagai SMK(A) Falahiah. Keluarga Wan Nuh tinggal di sebuah kampong yang dinamakan Kampong Surau bersempena sebuah surau yang telah wujud sebelum kedatangan mereka ke kampong itu. Di Kampong Surau juga terdapat tiga tapak perkuburan lama yang dimiliki oleh orang yang menetap sebelum mereka. Terdapat juga sebuah tapak perkuburan yang dikenali sebagai Kubur Pohon Tanjung kerana di situ terdapat beberapa buah kubur yang kelihatan di miliki oleh karabat Di Raja dan ianya dipagari oleh empat pokok pohon tanjung. Berbeza dengan Tok Gawo Ali, beliau bukanlah peneroka awal Mukim Pasir Pekan, beliau adalah seorang penjawat awam yang datang menetap di Mukim Pasir Pekan. Tok Gawo Ali dan keluarganya tinggal di sebuah kampong yang dikenali sebagai Pasir Pekan Hulu. Pada hari ini Kampong Pasir Pekan Hulu letaknya di sebelah kanan kepala Jambatan Sultan Yahya jika menuju ke Kota Bharu dari Wakaf Bharu. Tok Gawo Ali pernah dikenakan perintah buang daerah bersama beberapa orang pengikutnya di Segamat, Johor kerana terlibat dengan kegiatan perjudian haram dan gangterisme. Sesungguhnya masalah nama Mukim Pasir Pekan atau Mukim Pekan Yang Mana Betul? bagi sebahagian orang mungkin dianggap sebagai isu remeh temeh yang tak perlu diperbesarkan adalah silap kerana sehingga kehari ini telah berlaku kekalutan siapakah pengarang sebenar Hikayat Sri Kelantan semata-mata kerana para pengkaji tertanya-tanya siapakah Wan Ali Pekan sebenarnya? Lebih teruk lagi seolah-olah Kampong Pasir Pekan (Kampong Pasir) tempat bermulanya penempatan awal di Mukim Pasir Pekan wal hal sebenarnya peranan itu dimainkan oleh Kampong Surau dan sehingga kehari ini juga segala jasa dan pengorbanan Wan Ali Nakhoda dilupakan dan diperlekehkan orang! Dari itu timbul satu persoalan adakah nama Mukim Pekan sengaja dipadamkan dan diganti oleh Mukim Pasir Pekan untuk memencilkan segala rekod tentang seorang yang bernama Wan Ali supaya tidak dikenali orang?
Langgan:
Catatan (Atom)