Isnin, 29 November 2010

Kuasa vs Tanggungjawab?

Kuasa ertinya keupayaan yang ada pada kita kerana kita menerima apa-apa tugas atau tanggungjawab yang sepatutnya kita laksanakan manakala tanggungjawab pula ialah apa yang sepatutnya kita lakukan setelah menerima kuasa dari pehak yang berotoriti keatas kita. Sepatutnya kuasa dan tanggungjawab adalah dua perkara yang saling berkait seumpama isi dengan kuku, tetapi entah dimana silapnya kekadang timbul suasana yang seolah-olah wujud pertentangan diantara kedua-duanya. Bunyinya mungkin pelik, tetapi hakikatnya adalah benar. Perkara ini dapat dilihat dengan mudah dalam masalah memelihara hubungan silaturrahim, sewpatutnya setiap orang patut sedar memelihara hubungan silaturrahim adalah amanah Allah kepada kita selaku sebagai seorang Muslim, tetapi kerana mencari habuan dunia kita sering melupakannya... kerana beratnya tanggungjawab ini, maka Allah menjajjikan habuan yang lumayan bagi orang yang melaksanakannya dan nancaman yang berat bagi orang yang mangabaikannya... oleh itu marilah kita bersama-sama mameriahkan laman blog kekeluargaan yang ada... semoga kita tidak dikata oleh anak cucu kita sebagai pemutus hubungan silaturrahim...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan