Sabtu, 20 Februari 2010
Angkara Mr. Gold and Mr. Glory
Selepas kematian Wan Ali Nakhoda, tugas beliau sebagai ketua keluarga Wan Nuh Nakhoda telah digantikan oleh menantu dan anak saudaranya Wan Sulaiman. Wan Ali memilih Wan Sulaiman sebagai pengganti kerana Wan Sulaiman telah diberi kepercayaan sebagai setiausaha syarikat Keluarga Wan Nuh semasa hayat Wan Ali. Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah ternyata dapat menghayati hasrat Wan Ali Nakhoda iaitu mengamalkan konsep permuafakat di dalam keluarga. Wan Sulaiman semasa hayatnya telah berusaha bersungguh-sungguh mengeratkan hubungan silaturrahim anatara keluarga Wan Nuh sebelah bapanya dan juga Raden Ahmad sebelah ibunya. Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah telah meneruskan kerja-kerja kebajikan yang telah diasakan oleh Wan Ali Nakhoda, beliau telah menubuhkan Wakaf Falahiah, menubuhkan Syarikat Kerjasama Kilang Padi Pasir Pekan Berhad, menubuhkan Syarikat Pekan Langgar Company Limited, membeli Mini Estate Tanjong Batu, dan Estate Kuala Geh. Pendek kata sewaktu Wan Sulaiman memegang teraju kepimpinan Keluarga Wan Nuh berada di puncak kejayaan sehingga mampu hidup mewah dan mampu menghantar ana-anak belajar ke luar negeri. Malangnya selepas kematian Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah, pencapaian keluarga Wan Nuh mula merudum kerana kepimpinan yang mengambil alih kepimpinan Keluarga Wan Nuh dari Wan Sulaiman mengagnggap kerja-kerja kebajikan dan usaha Wan Sulaiman dan isterinya Wan Hafsah mengeratkan hubungan silaturrahim dianggap sebagai KERJA BODOH, bagi kepimpinan yang terkemudian kerja-kerja kebajikan dianggap sebagai tiket untuk mencari KEMEGAHAN, oleh itu tidak hairanlah jika hasil harta Wakaf Falahian dibelanjakan sesuka hati tampa perlu berbincang dan tidak beraudit. Syarikat-syarikat kepunyaan keluarga dijadikan BATU LONCATAN untuk mengumpulkan kekayaan peribadi. Oleh itu tidak hairanlah jika dikifarahkan Allah SWT Keluarga Wan Nuh terpaksa menerima hakikat bahawa syarikat-syarikat kerjasama kepunyaan keluarga bukan lagi sumber untuk mencari KEUNTUNGAN tetapi menjadi LIABILITI kerana agenda utama Ahli Jawatankuasa bukan memajukan syarikat tetapi mencari jalan supaya terus memegang jawatan dalam kata lain "perduli apa syarikat hidup segan mati tak mahu, yang penting aku ada jawatan itu dan ini".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan